Sejak semalam mula tular satu video kemalangan melibatkan sebuah kereta di susur keluar sebuah lebuh raya- yang didakwa netizen berpunca daripada tindakan khianat yang mencurahkan minyak di atas jalan.

Dakwaan itu timbul selepas kemalangan tersebut dirakam oleh individu yang tidak dikenali dari dalam gelap seperti sedang menunggu kemalangan tersebut untuk berlaku. Malah perakam juga dapat didengari berkata ‘okay, kena, kena, cantik‘ di penghujung video.

Berikut ialah salah satu perkongsian video kemalangan tersebut yang dikongsikan di media sosial sejak semalam yang mula mengundang andaian daripada netizen mengenai punca sebenar kejadian.

Apa sebenarnya yang berlaku

Walaupun ramai  netizen yang beranggapan kejadian tersebut berpunca daripada perbuatan khianat, namun Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Risikin Satiman menafikannya dalam satu laporan yang terbit di Harian Metro pada semalam.

Tetapi apa yang berlaku dalam video itu menurut beliau adalah merupakan kemalangan yang berlaku pada 17 Julai lalu kerana mengelak lopak air dan bukannya minyak yang dicurahkan ke atas jalan.

Kejadian itu tambah beliau membabitkan seorang pemandu wanita bersama kereta jenis Honda Insight Hybrid sekitar jam 1 pagi pada tarikh tersebut.

“Kejadian itu berlaku pada 1 pagi apabila pemandu Honda Insight Hybrid membabitkan seorang wanita gagal mengelak lopak air.

“Siasatan lanjut serta keterangan saksi yang membantu mangsa menyatakan tidak berlaku kes khianat tuang minyak di permukaan jalan raya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro semalam.

Buat anda yang tertanya-tanya siapakah pula perakam video itu dan mengapa mereka kedengaran begitu teruja, mungkin anda terpaksa menunggu perkembangan selanjutnya.

Hal ini kerana pihak polis seperti dipetik dalam laporan semalam masih belum mengenalpasti sumber serta individu yang bertanggungjawab di sebalik video tersebut.

Bagaimanapun, apa yang kita ketahui setakat ini menurut pihak polis adalah ianya bukanlah kejadian khianat seperti yang disangka netizen.

Justeru itu, pihak polis pada sama turut menyeru orang ramai agar lebih berintegriti sebelum menyebarkan berita yang tidak sahih.

Perkara ini adalah bagi mengelakkan kegusaran terutamanya buat mereka yang sering menggunakan jalan raya seperti yang ditularkan sebelum ini.

Baca juga perkongsian kami mengenai kejadian sebenar yang berlaku dalam pertengkaran antara penghantar makanan dan pelanggannya di Pulau Pinang baru-baru ini di pautan di bawah. 

Dipukul Ketika Hantar Makanan, Ini Sebenarnya Yang Berlaku Dalam Video Tular Di Pulau Pinang

Tular Video Penunggang Motosikal Terlibat Dua Kemalangan Dalam Satu Masa

Netizen Bengang ‘Geng Kereta Mahal’ Sebabkan Kemalangan Kerana Berlumba

Sumber