Malam semalam tular rakaman dash cam seorang pemandu yang dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Honda Jazz yang mahu mengelak daripada membayar tol.

Netizen marah dengan tindakan pemilik kereta Honda Jazz tersebut yang bukan sahaja melanggar, tetapi terus melarikan diri tanpa membuat permohonan maaf kepada pemilik kereta yang dilanggarnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Netizen di Malaysia rata-ratanya prihatin belaka dan tidak sampai 24 jam, mereka sudah berjaya menjejaki tuan punya kereta tersebut. Malah, alamat rumah serta rekod kesalahan trafik pemandu berkenaan juga turut dikongsikan oleh netizen.

Laman Facebook Malaysian Modders tidak menunggu lama untuk menghasilkan meme khas buat pemilik Honda Jazz merah ini. Mereka menampal wajah pemilik Honda Jazz tersebut pada badan Dominic Toretto (Vin Diesel) dan menulis caption lucu di setiap gambar. Malah, gambar kereta Jazz turut kelihatan dalam gambar meme ini.

Diharap anda tidak meniru aksi pemilik Honda Jazz ini. Kerana mahu ‘berjimat’ seringgit dua, beliau kini terkenal untuk sebab yang salah.

Anda boleh baca tentang kisah insiden Honda Jazz ini di bawah

Elak Bayar Tol, Netizen Cari Honda Jazz Langgar Kereta Pelumba Negara

16 Langkah Buat Tuntutan Insuran Bila Kereta Anda Kemalangan