Kecoh sejak akhir-akhir ini di media sosial apabila tular sebuah kedai yang menyajikan makanan western di Petaling Jaya dakwa meletakkan ‘special ingredient’ kerana terdapat influencer memberi ‘review jujur’ terhadap kedai beliau.

Malah, pemilik kedai ini turut mendakwa ‘special ingredient’ sememangnya sinonim buat mereka yang pernah berada pada bahagian masakan di hotel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut para netizen ‘special ingredient’ yang dimaksudkan adalah tambahan air liur, air ludah atau kahak dalam masakan yang sekaligus membuatkan orang ramai jijik dengan kenyataan kedai ini.

Terbaharu, ekoran kenyataan kedai ini tular serta menjadi perhatian ramai, pihak Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM) menerusi laman Twitter memaklumkan pihak mereka sedia mengambil tindakan mengenai dakwaan peniaga meletakkan ‘special ingredient’ dalama makanan pelanggan.

Difahamkan pihak KKM akan ambil tindakan sewajarnya terhadap peniaga terbabit sekiranya dakwaan tersebut benar.

Nada angkuh dan sombong yang sering kali dipamerkan pemilik kedai western yang dikenali sebagai Tom ini terus berubah sejurus selepas KKM memaklumkan akan mengambil tindakan.

Menurut Tom, apa yang dikongsikan di media sosial ini hanyalah sekadar strategi marketing yang mana beliau yakin akan tular. Beliau turut memberi jaminan kesemua makanan beliau selamat dimakan dan hanyalah sekadar prank semata-mata.

Tom turut meminta maaf buat seluruh Malaysia di mana beliau mendakwa orang ramai sudah tertipu dengan prank beliau.

Berdasarkan semakan, perkongsian beliau sebelum ini yang menyindir dan mengkritik netizen turut dipadamkan.