Kelibat individu memakai gelang pink yang sinonim dengan gelang kuarantin sememangnya sering menjadi tumpuan orang ramai, terutamanya jika si pemakai itu berada di tempat awam atau terbuka.

Ini kerana mereka yang memakai gelang pink itu sebenarnya difahamkan perlu menjalani kuarantin secara sendiri dan tidak boleh meninggalkan tempat kuarantin mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah sebelum ini, kecoh di media sosial dengan laporan-laporan oleh netizen tentang pemakai gelang pink ini yang melanggar kuarantin dan kemudiannya disiasat pihak berkuasa sehingga ada yang dikenakan tindakan.

Mungkin kerana laporan dan kes-kes sebelum ini juga, beberapa keping gambar pekerja asing yang memakai gelang pink dan dirakam sedang bekerja di tapak pembinaan sejak beberapa hari ini turut menimbulkan kerisauan dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, berbeza dengan kes-kes sebelum ini, situasi pekerja-pekerja warga asing yang kelihatan memakai gelang pink ini menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham adalah sedikit berbeza.

Ini adalah kerana mereka ini merupakan sebahagian daripada 273 individu yang telah disaring dan sedang melalui pengawasan ‘tapak bina’ dan berada di kawasan tapak bina (rumah kongsi basement 1 dan 2 dan rumah kongsi tepi sungai).

“Mereka diberikan gelang pink kerana bukan warganegara untuk mengelakkan daripada keluar dari tapak bina.

“Tetapi mereka masih boleh bergerak didalam tapak bina kerana ianya saringan surveillance (pengawasan) bukan saringan kontak rapat,” jelas Dr Noor Hisham dalam hantaran di Facebook-nya malam semalam.

Jelas beliau lagi, release order (arahan pelepasan) dan pemotongan gelang pink terhadap kumpulan ini juga telah dilakukan sekitar jam 11 pagi pada 15 November (Ahad) lalu di kawasan tapak pembinaan berkenaan.

Selain itu, pihak pemaju juga tambahnya telah memberhentikan operasi buat sementara waktu bermula 13 November lalu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan nyah cemar sehingga keputusan saringan diperolehi pada 15 November.

Susulan daripada saringan yang dilakukan, pihak berkuasa mendapati hanya terdapat satu kes positif sahaja tetapi kes berkenaan dimaklumkan tidak tinggal di tapak pembinaan berkenaan.

Manakala lapan lagi kontak rapat kepada kes itu telah dikuarantin dan kesemua pekerja lain pula telah disahkan negatif dan diberikan release order (arahan pelepasan) pada Ahad lalu.

Baca juga perkongsian semasa COVID-19 yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Kena Perli ‘Takut Mati’, Ini Jawapan Tenang Dr Noor Hisham Buat MP Bintulu

Vaksin COVID-19 Yang Ditawarkan Kepada Malaysia Berharga RM87.60 Sebotol

Angkara COVID-19, Harga Rumah Dilaporkan Turun Di Kuala Lumpur, Selangor Dan Johor

Sumber