Pada Tahun Baru Cina yang lalu, tular sebuah gambar yang menunjukkan seorang pembaca berita lelaki dilihat mengenakan pakaian tradisi kaum Cina berwarna merah ketika bersiaran di sebuah stesen televisyen milik kerajaan.

Hasil daripada kejadian tersebut, pembaca berita, Mohd Dhihya Sahlan yang dikatakan mengenakan Cheongsam itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman media sosial.

Walaupun begitu, tidak mahu isu tersebut berlarutan serta mendapat spekulasi dari ramai pihak jurucakap stesen televisyen tersebut telah tampil bagi menjelaskan bahawa pakaian yang dipakai pembaca berita itu sebenarnya adalah salah sebuah pakaian tradisional dikenali sebagai Samfu yang dipakai oleh kaum lelaki.

Menurut laporan terbitan The Star, K. Krishnamoorthy, Pengarah Bahagian Perhubungan Awam Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut mengatakan bahawa sebagai agensi kerajaan, RTM amat peka mengenai masalah budaya dan perkauman jadi pihak tersebut akan selalu rujuk pada pakar dan semak perkara seperti ini.

“Mengenai pakaian tersebut, kami telah merujuk kepada penggaya kami iaitu Jenny Kueh yang telah memaklumkan pada kami bahawa ini adalah pakaian yang berasal dari etnik Machu di China dan ia dipanggil Samfu.

“Kesilapan yang telah kami lakukan sewaktu beri pembaca berita tersebut mengenakan pakaian itu adalah, kami telah memilih ukuran pakaian yang salah untuk pembaca berita tersebut.” jelas beliau.

1046918
The Star

Kesal dengan komen negatif

Bagi menjawab persoalan hantaran yang dimuat naik oleh artis veteren serta penyampai radio Malaysia Patrick Teoh mengenai perkara berkenaan, pihak tersebut sedikit kecewa kerana sepatutnya beliau periksa perkara tersebut sebelum bertindak memberi komen seperti itu.

1046923
The Star

“Kami, di RTM sedikit kecewa dengan tindakan Encik Patrick Teoh kerana beliau seharusnaya periksa perkara tersebut secara terperinci sebelum memberi komen yang tidak bertanggungjawab seperti ini.

“Komen tersebut sudah dikira sebagai memfitnah. Walaupun kami terima kritikan tetapi ia mestilah dilakukan dengan cara yang betul. Sepatutnya beliau memberi kritikan yang membina dan tidak patut disampaikan secara kasar,” jawab beliau mengenai tindakan Patrick Teoh.

Walaupun ramai pihak memberi tindak balas yang negatif mengenai isu ini, beberapa pereka fesyen beranggapan perkara tersebut tidak salah.

Namun begitu, difahamkan terdapat beberapa pihak dari industri fesyen beranggapan pemakaian Samfu itu tidak dirancang dengan baik kerana kain tersebut dilihat sangat nipis dan berkilat membuatkan pakaian itu agak feminin untuk digayakan oleh pembaca berita tersebut.

Baca kembali perkongsian kami mengenai tindakan pengasas produk ini kini diburu polis melalui pautan di bawah.

Bangga Cium Bibir Kanak-Kanak, Tindakan Pengasas Produk Ini Kini Diburu Pihak Polis

Bangga Cium Bibir Adik Angkat, Tindakan Lelaki Ini Ditegur Penceramah Bebas

Pemandu Wanita Dakwa Diganggu Ketika ‘Roadblock’, Bukit Aman Gantung Tugas Dua Pegawai Polis

Sumber