Masih ingat akan Dr Amani Salim yang pernah mencipta nama menjadi wanita pertama Malaysia terbabit dengan program penghantaran penyelidikan ke angkasa dalam misi agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) beberapa tahun lalu?

Kini namanya kembali menjadi sebutan rakyat Malaysia selepas berahirnya kontroversi tawaran biasiswa tidak wujud yang diterima pengguna Twitter Azhar Ali yang hangat diperkatakan sepanjang beberapa hari lalu.

Sejak daripada kejadian Azhar yang dilaporkan menjadi mangsa penipuan tawaran biasiswa NASA, nama Dr Amani disebut dan dikenang kembali netizen sebagai antara rakyat Malaysia yang  pernah bekerjasama agensi tersebut.

Menyedari ramai yang mula membicarakan perihal kejayaan dan bersama NASA sebelum ini di media-media sosial, Dr Amani atau nama sebenarnya Wan Wardatul Amani Wan Salim pada semalam tampil memberikan penjelasan atau fakta sebenar berhubung penglibatannya bersama NASA suatu ketika dahulu.

Ia dibuat di laman Twitter miliknya @kenisalim melalui thread yang dimulakan dengan “Saya membetulkan beberapa fakta yang tersebar di media sosial mengenai saya”.

Antaranya ialah dia bukanlah wanita pertama yang bekerja di projek nano satelit NASA dan penafian terhadap dakwaan dia mengetuai sekumpulan saintis dari NASA.

“Saya tidak mengetuai 28 saintis NASA, saya adalah Principal Investigator dan mengetuai science payload development.

“Dalam misi NASA, kami tidak ada ketua tetapi mempunyai Project Manager, Program Manager, Chief Technologist, dan Principal Investigator,” kongsinya.

Dalam lima point keseluruhan yang dikongsikan itu juga, Dr Amani menjelaskan dia tidak bekerja di NASA sebagai pekerja (employee).

“Saya berada di Purdue University ketika itu dan dilantik mengetuai ‘science payload’ sebagai Principal Investigator dan bos saya memegang posisi yang lebih besar di NASA,”jelasnya.

Dalam temubual bersama Harian Metro pada tahun lalu, beliau ketika itu difahamkan masih bekerja sebagai saintis di Purdue University, West Lafayette, Indiana dan ditawarkan peluang tersebut oleh mentornya ketika itu D Marshall Porterfield.

Mentornya yang juga merupakan seorang ketua jabatan di NASA memberi peluang kepadanya mereka bentuk dan membina nanosatelit biopenderia untuk melakukan kajian mengenai kesan graviti terhadap tumbuh-tumbuhan.

Berikut adalah thread atau untaian lengkap yang dibuat Dr Amani di laman Twitter miliknya pada semalam.

Walaupun beliau menjelaskan bukanlah wanita pertama yang bekerjasama dengan NASA dan tidak mengetuai saintis di sana, namun pencapaian yang diraih anak tempatan ini amat membanggakan memandangkan NASA adalah antara agensi sains terbesar dunia.

Semoga pencapaian dan kejayaannya sebelum ini akan dapat dijadikan inspirasi buat anak-anak muda yang berminat untuk menceburkan diri di dalam bidang sains terutamanya berkaitan dengan angkasa selepas ini.

Malah Dr Amani sendiri ketika waktu kecilnya juga tidak tidak mengetahui apa itu NASA dan angkasa lepas  Tetapi kerana kebaraniannya dan minatnya meneroka dunia angkasa perlahan-lahan telah berjaya membawa beliau bekerjasama dengan salah sebuah agensi sains terbesar dunia.

Anak muda tempatan yang dikenali sebagai Azhar Ali sebelum ini mencipta kontroversi apabila dikatakan menerima biasiswa daripada NASA tetapi kemudiannya mengakui tawaran tersebut tidak wujud. Baca perkongsian di bawah untuk mengetahui lebih lanjut. 

Status Biasiswa NASA Meragukan, Azhar Ali Akhirnya Mengaku Ia Tidak Benar

Pelajar Sarawak Terpilih Antara Pemenang Rekaan Logo Anjuran NASA