Beberapa hari lalu tular perkongsian gambar baju melayu poket dijahit terbalik yang dimuat naik seorang pemuda di Facebook.

Perkongsian ‘mencuit hati’ oleh Hamzah Alek itu mendapat ribuan shares dan respons daripada netizen yang tidak dapat menahan ketawa selepas melihat ‘baju raya PKP stail baru’ miliknya itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun, mungkin ramai yang tidak mengetahui kisah lucu di sebalik baju raya poket terbalik itu di mana tukang jahit yang tersalah itu sebenarnya adalah ibunya sendiri, seperti dikongsikan Hamzah kepada Mstar.

Bercerita mengenai kejadian itu, Hamzah berkata ibunya, Saliah Koden memang sudah berpengalaman 30 tahun menjahit.

“Kini walaupun usianya 57 tahun, ibu masih aktif menjahit kerana itu adalah minatnya. Bukan saja baju Melayu, baju dengan pelbagai rekaan pun ada juga diterimanya,” jelasnya.

Mengimbau kembali detik beliau menerima baju melayu yang tular itu daripada ibunya baru-baru ini, Hamzah berkata ibunya sendiri pun tidak perasan akan kesilapan kedudukan poket tersebut.

“Pagi kelmarin sebelum mahu ke pasar, ibu datang rumah untuk hantar baju yang saya tempah minggu lalu. Rumah kami terletak dekat antara satu sama lain, Jadi dia minta saya cuba dahulu tu takut tak muat.

“Bila saya sarung, saya tanya ‘mak, apa silapnya baju ini? Dia pun tanya kenapa?’ lalu saya tunjukkan poketnya yang hilang di depan, sebaliknya ada di belakang.

“Apa lagi, kami semua ketawa. Ibu beritahu mungkin dia tak perasan, maklumlah banyak juga tempahan baju raya yang kena disiapkan oleh dia seorang. Tak menang tangan, selalu isteri saya tolong tapi sekarang dia sarat mengandung jadi ibu seorang yang menjahit,” cerita beliau.

Walaupun perkongsiannya itu tular di media sosial serta ada yang memberikan komen negatif, namun beliau menjelaskan itu hanya sekadar suka-suka sahaja.

“Perkongsian ini bukan untuk aibkan ibu tapi hanya suka-suka sahaja.

Kalau tukang jahitnya orang lain, saya pun tak akan buat posting di Facebook.Tapi saya tak ambil hati pun dengan komen-komen netizen” jelasnya.

Keluarga ini pula punyai kenangan manis mereka yang tersendiri untuk raya tahun ini apabila tersalah ‘order’ kerepek sehingga 70 kotak untuk hari raya kali ini. Baca perkongsian kami mengenainya di pautan di bawah. 

Teruja Untuk Sambut Hari Raya, Keluarga Di Singapura Ini ‘Tersilap’ Beli 70 Kotak Kerepek

Tonton Iklan Raya PETRONAS ‘Antara Dua Jendela’ Tampil Dengan Animasi Yang Kreatif Dan Unik

Tonton Iklan Raya TNB ‘Norma Baru’ Dihasilkan Lelaki Ini Hanya Dengan Menggunakan Video Lama

Sumber