Pada petang tadi tular rakaman klip berdurasi 1 minit 25 di mana ada sebuah lori dipandu melawan arus di Kilometer 5.5 Lebuhraya Link Kedua.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pemandu lori berkenaan didapati didapati di bawah pengaruh alkohol dan telah ditahan polis bagi membantu siasatan, lapor Harian Metro.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kejadian berlaku pada 4.30 petang membabitkan sebuah lori bernombor pendaftaran JQD 7966 dengan dua kereta.

“Siasatan awal mendapati kemalangan di percayai berlaku apabila pemandu lori dalam perjalanan dari Kulai menghala ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

“Apabila tiba kawasan Rehat dan Rawat(R&R) Gelang Patah menghala ke selatan, pemandu lori terlepas susur ke PTP.

“Pemandu lori memandu melawan arus untuk masuk semula ke susur PTP sebelum merempuh dua kereta iaitu Mercedes Benz dan Nissan Almera yang berada di laluan itu,” katanya.

Beliau berkata, pemandu Mercedes Benz yang mengalami kecederaan pada bahagian leher dan kaki dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mendapatkan rawatan.

“Pemandu lori ditahan dan didapati di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.