Sebagai seorang individu yang waras, jika kita didapati melakukan kesalahan dengan orang lain, selesaikan masalah tersebut dengan membuat rundingan atau berbincang dengan cara baik. Jangan main lepas tangan seperti invididu ini. Sendiri buat hal, beranilah tanggung akibatnya.

Baru-baru ini tular sebuah video di laman Facebook yang memaparkan sebuah kereta jenis sedan bewarna putih telah melanggar sebuah motosikal dan mengheret motor terbabit beberapa kilometer dari tempat kejadian.

Menurut caption yang terdapat pada perkongsian tersebut, kejadian difahamkan berlaku di Pulau Pinang dan pemandu kereta terbabit dipercaya dibawah pengaruh alkohol.

Namun, motosikal tersebut bukanlah dilanggar ketika sedang berada di atas jalan, namun dikhabarkan bahawa pemandu mabuk tersebut melanggarnya di tempat parking dan heret sehingga beberapa kilometer.

Berdasarkan video yang berdurasi 3 minit 6 saat itu, dapat dilihat ramai penunggang motorsikal mengejar kereta jenis Proton Preve tersebut yang ketika itu mengheret motor berkenaan sehingga terkeluar percikan api akibat terseret di atas jalan.

Namun, kereta tersebut berjaya dihentikan dan orang ramai dilihat membawa keluar pemandu tersebut daripada keretanya. Pemandu tersebut juga sudah ditahan polis. Mana tidaknya, pemandu tersebut dikatakan berhenti betul-betul dihadapan balai polis.

Rata-rata netizen berang dengan tindakan yang dipamerkan oleh pemandu berkenaan dan dapat dilihat para netizen mengecam tindakan pemandu tersebut diruangan komen perkongsian itu.

Terbaru, sebuah kereta Perodua Kancil hangus terbakar gara-gara powerbank meletup. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Kereta Hangus Terbakar Gara-Gara ‘Powerbank’ Meletup

Wanita Ini Kongsi Detik Dirempuh Pemandu Treler Mengantuk, Ibu Meninggal Diseret Dalam Kereta