Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai insentif kerajaan untuk rakyat dan pastinya tidak semua insentif diketahui ramai pihak. Ini apa yang berlaku kepada insentif untuk industri pertanian dan penternakan.

Menerusi perkongsian pengguna Twitter @hanishx, terdapat program yang memberikan dana untuk anak muda memulakan bisnes dalam industri pertanian dan penternakan. Akan tetapi, kewujudan insentif tersebut kelihatan sendu dan dikatakan ramai tidak memohon.

Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat kerajaan menyediakan insentif untuk anda memulakan perniagaan dan cara-cara permohonan turut dikongsikan. Difahamkan, insentif yang dikenali sebagai Pakej Geran Agropreneur Muda ini akan memberikan geran dalam bentuk barangan bernilai RM20,000 dan tidak perlu dibayar balik.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai pihak dan rata-rata netizen mendakwa bahawa ada sahaja permohonan telah dibuat tetapi tidak dilayan serta kriteria yang diperlukan sangat tinggi.

https://twitter.com/M_Naqi_/status/1211231812732669952?s=20

https://twitter.com/thegeduhom/status/1211231140842835968?s=20

Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa tempoh pengesahan yang agak lama antara punca ramai tidak memohon dan ada juga mengatakan bahawa promosi ini tidak diwar-warkan secara meluas.

Adakah anda pernah memohon insentif ini dan jika belum, adakah anda berminat untuk memohonnya? Jika benar seperti dakwaan netizen, apakah cadangan anda supaya insentif ini dapat diberikan kepada rakyat dengan lebih baik?

Difahamkan menerusi pembentangan Belanjawan 2020, insentif #MalaysiaKerja bakal diperkenalkan pada tahun hadapan bagi menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Insentif #MalaysiaKerja Diperkenalkan Tawar Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat Malaysia

Kredit RM30 Untuk Rakyat Malaysia Akan Dikreditkan Ke Touch ‘n Go eWallet Pada 15 Januari 2020

Perlekeh Pekerjaan Bancuh Simen, Ini Pendapatan Sebenar Pekerja Indonesia Setiap Hari