Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Majlis Ulama Indonesia (MUI) akan menyiasat dakwaan mengenai solat tarawih 23 rakaat yang dilakukan dalam masa enam minit di sebuah sekolah di Kabupaten Indramayu, Jawa Barat, lapor Sindo News.

MUI dalam kenyataannya berkata akan meminta ustaz atau pemimpin agama memberi nasihat kepada mereka yang bertanggungjawab memimpin solat terbabit.

“Kami baru tahu, kami akan periksa nanti. Kerana struktur MUI mencapai tingkat peringkat daerah. Nanti kami akan berkoordinasi dengan MUI Kabupaten Indramayu,” kata Setiausaha Umum MUI Jawa Barat, Rafani Akhyar.

MUI bercadang untuk memberi nasihat dan pengajaran kepada ahli Kabupaten Indramayu, mereka juga akan berkongsi ilmu mengenai solat terawih yang dilakukan dengan pantas adalah tidak betul.

Selain itu, MUI juga akan mengajar mereka bahawa solat terawih adalah 20 rakaat dan tiga rakaat lagi adalah solat witir.

Mui menambah bahawa mereka berharap agar isu ini menjadi tanggungjawab bersama. Ia turut berharap agar para ustaz atau ulama di kawasan terbabit dapat turut serta menasihatkan agar solat terawih diadakan dengan baik.

“Kami juga selalu mengingatkan orang ramai bahawa ketika kita melakukan solat tarawih atau puasa, itu [mesti] dilakukan dengan ikhlas. Sehingga ada pengajaran dan pelajaran yang dapat kita ambil,” jelasnya.

“Salah satu syarat untuk solat adalah khusyu dan tumaninah. Sekarang anda dapat bayangkan 23 rakaat dalam lima atau enam minit, dari mana ia boleh dilakukan secara khusyuk atau tumaninah. Tumaninah bermaksud semua rukun solat dapat dilaksanakan,” kata Rafani Akhyar.

Jemaah Islam Indonesia rempuh pagar masjid, berkeras mahu tunaikan solat jumaat. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Jemaah Islam Indonesia Rempuh Pagar Masjid, Berkeras Mahu Tunaikan Solat Jumaat

Acara Himpunan Tabligh Di Indonesia Batal, Semua Peserta Akan Dikuarantin

Imam Di Indonesia Nekad Ke Masjid Untuk Pimpin Solat Terawih, Tidak Percaya Dirinya Positif COVID-19

Anda Mungkin Suka