Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tular di media sosial pada minggu ini apabila terdapat seorang minah saleh yang membuat kecoh di butik Dior, KLCC gara-gara dihalang memasuki butik tersebut kerana tidak mahu memakai pelitup muka.

Alasan beliau yang menuduh mereka yang memakai pelitup muka merupakan komunis dan meminta keistimewaan sebagai individu berkulit putih diberikan kepadanya jelas membuatkan para netizen berang.

Bukan itu sahaja, beliau turut dilihat melakukan perkara yang sama di Bangsar Shopping Centre (BSC) dengan bertengkar dengan pihak pengawal selepas gagal memasuki tempat berkenaan.

Terbaharu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya telah mengeluarkan kenyataan rasmi dengan mengenakan dua kompaun terhadap wanita bukan warganegara berkenaan.

Dua kompaun tersebut terdiri daripada kegagalan mendaftar masuk ke premis menggunakan aplikasi MySejahtera di kawasan capaian internet yang luas manakala kesalahan kedua pula disebabkan tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan dalam memakai pelitup muka di dalam premis.

Minah Saleh ini telah dikenakan kompaun berjumlah RM3,000 di mana setiap satu kompaun berjumlah RM1,500 atas kesalahan yang dibuat. Diharap isu ini tidak lagi berulang dalam memudahkan urusan beliau dalam memasuki premis dan juga orang ramai yang berada di kawasan sekitar.

Selain butik Dior, minah saleh ini turut membuat kecoh di Bangsar Shopping Centre yang sekaligus menjadi perhatian netizen selepas tular sebuah rakaman tindakan beliau.

Selepas Butik Dior, Minah Saleh Tanpa Pelitup Muka Ini Buat Hal Pula Di BSC

Minah Saleh Ini Berang Kerana Dihalang Masuk Butik Mewah Tanpa Pelitup Muka Di KLCC

Anda Mungkin Suka