Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial dimana mengatakan bahawa bagasi kecil yang sebelum ini boleh dibawa masuk pesawat AirAsia tidak lagi dibenarkan. Hal tersebut mendapat perhatian netizen.

https://twitter.com/born2_ride_rbl/status/1279369894648090636

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda yang bakal menaiki penerbangan AirAsia, pastikan anda alert dengan perkara ini agar tidak perlu membayar wang tambahan untuk check-in bagasi.

Pasti ramai yang tidak tahu bahawa AirAsia sebenarnya telah mengeluarkan garis panduan baharu berkaitan jenis bagasi yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam pesawat.

Menurut polisi yang dikemaskini, hanya tiga jenis beg dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam pesawat iaitu beg komputer riba, beg tangan dan beg bersaiz kecil.

744d

Walau bagaimanapun, setiap penumpang hanya dibenarkan untuk membawa sebuah beg sahaja. Tambahan pula, setiap beg yang dibawa masuk perlu memenuhi tiga syarat ini:

1. Tidak boleh melebihi 40cm (ketinggian) x 30cm (lebar) x 10cm (panjang).
2.  Tidak boleh melebihi berat 7kg.
3.  Boleh dimuatkan di bawah tempat duduk hadapan penumpang.

Akan tetapi, jika bagasi kabin penumpang tidak boleh dimuatkan di bawah tempat duduk di hadapan, penumpang dibenarkan mendaftar masuk bagasi kabin secara PERCUMA.

Bagasi kabin yang ingin didaftar masuk secara percuma perlulah tidak melebihi berat 7kg dan caj tambahan akan dikenakan untuk setiap kilogram berat akan dikenakan jika berat beg melebihi had 7kg.

61593766716_freesize

Difahamkan polisi baru ini dibuat selepas ruang bagasi di atas kepala penumpang tidak boleh digunakan pada ketika ini. Keputusan itu adalah bagi mengurangkan pergerakan dan amalan penjarakan sosial di antara penumpang di dalam pesawat dan dikuatkuasa selepas proses hibernasi pesawat AirAsia ditarik semula pada 29 April yang lalu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang ini dan semoga penjelasan ini sedikit sebanyak akan membantu melancarkan perjalanan anda.

Pasti ramai daripada anda yang masih tercari-cari destinasi percutian, bukan? Kami kongsikan beberapa destinasi untuk anda kunjungi pada pautan di bawah ini.

Persis Dalam Jurassic World, Gadis Ini Terokai ‘Hidden Gem’ Di Sarawak Dengan Bermodalkan RM40

Wanita Ini Kongsi ‘Day Trip’ Dengan Bajet RM64 Ke Pulau Kapas Yang Pasti Buat Anda Teruja

5 Sebab Kuala Langat Jadi Destinasi ‘Day Trip’ Yang Unik Dan Terbaik Buat Warga Kota

Sumber