Demi mencari rezeki untuk menyara keluarga, sebagai seorang ketua keluarga pastinya akan melakukan pelbagai perkara dan berusaha sebaik mungkin demi keperluan keluarga.

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video pegawai penguatkuasa yang bertindak menghalau penjual jagung yang kelihatan kasar di Selayang. Video tersebut menjadi perhatian netizen dan rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan kasar oleh pegawai penguatkuasa.

BeFunky-collage-3
HYPE
NH Detoxlim Tawar Diskaun Sehingga 50% Di Lazada Buat Netizen Teruja
Baca lagi →

Posted by Aman Shah II on Tuesday, 14 July 2020

Sehubungan dengan itu, anak kepada pak cik yang dihalau berniaga iaitu Siti Norfadhilla tampil untuk membuat penjelasan dimana sebelum ini pernah memohon lesen dan lain-lain tetapi tidak diluluskan mungkin di atas faktor lokasi atau lain-lain sebab tidak diketahui.

Assalamualaikum saya anak kandung kepada orang tua yang kalian kasari tu. Dia tu ayah saya . Saya mengaku memang dia…

Posted by Siti Norfadhilla on Saturday, 11 July 2020

Menurutnya, ayahnya tidak mempunyai pilihan dan tempat lain untuk menjual jagung. Untuk pengetahuan anda, ayahnya menghidap Retinitis Pigmentosa yang mengganggu penglihatan ayahnya. Disebabkan penyakitnya yang tidak dapat diubati, hanya kerja tersebut yang mampu dilakukan untuk mencari rezeki ketika ini.

Tambahnya, beliau mempunyai 6 orang adik beradik dan 5 orang masih lagi bersekolah termasuk dirinya. Seandainya diri beliau sudah tamat bersekolah dan bekerja pastinya beliau akan membantu keluarganya mencari pendapatan.

Video yang tular di media sosial itu mendapat turut mendapat perhatian Ustaz Ebit Lew, dan menerusi Facebooknya berkongsi akan keadaan keluarga pak cik tersebut. Malah, anak pak cik tersebut yang berada di universiti bekerja jadi ‘rider’ FoodPanda ketika cuti.

Sedih sangat rasa. Semalam tengok video pakcik ini tengah berniaga jagung di selayang. Pakcik rabun 90 peratus…

Posted by Ebit Lew on Tuesday, 14 July 2020

Menurut Ebit Lew, pak cik tersebut sehari hanya mampu mendapat RM50 jika jualan jagungnya habis tetapi dalam seminggu sudah tiga kali jagungnya dirampas. Mana tidaknya, berniaga secara salah kerana tiada lesen tetapi Ebit Lew ingin meminta pihak Majlis Perbandaran Selayang untuk membantu pak cik tersebut.

Ustaz Ebit lew turut sampaikan sedikit sumbangan untuk pakcik tersebut dan menawarkan pertolongan jika keluarga pakcik tersebut memerlukan. Pak cik tersebut berasa terharu dengan pertolongan oleh Ebit Lew.

Diharap ada pihak yang dapat membantu keluarga tersebut mungkin dari segi untuk dapatkan tempat untuk berniaga. Apakah pandangan anda mengenai perkara ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang hangat di The Vocket ketika ini. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Cocohut Long Beach Resort Pulau Perhentian Jawab Tuduhan Halau Pelanggan Kerana RM50

Staff Biadab, Resort Terkenal Di Pulau Perhentian Halau Pelanggan

Air Milo Jadi Tanda Ingatan, Kisah Pekerja Myanmar Di Malaysia Ini Undang Sebak

Anda Mungkin Suka