Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pastinya ramai yang buat pesanan secara dalam talian untuk mendapatkan makanan bagi mengisi perut anda yang lapar. Jika masa penghantaran mengambil masa yang lama sedikit dari biasa, anda perlu bersabar.

Difahamkan kini, pihak berkuasa akan periksa rider foodpanda atau grabfood berikutan tindakan rider yang tidak bertanggungjawab menyimpan rokok seludup dan juga air ketum dalam kotak pengantaran mereka ketika sekatan jalan raya.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Berikutan tular sebuah video rider tayang rokok seludup dalam kotak penghantaran di Facebook, pastinya hal tersebut mendapat perhatian pihak berkuasa.

Hal tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen kecam tindakan rider tersebut. Malah, tindakan itu sedikit sebanyak menjejaskan kerja rider lain yang kena kejar pesanan untuk membuat penghantaran.

Jika sebelum ini rider penghantaran makanan tiada masalah untuk lepas sekatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan, kini kesemua rider akan mengalami kelewatan berikutan pemeriksaan yang akan dijalankan.

Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Sementara itu, anda mungkin boleh bercucuk tanam di rumah ketika PKP dilaksanakan dan mungkin akan mendapat hasil untuk dinikmati.

Apa kata baca kisah gadis ini yang berhenti kerja sebagai designer untuk jadi seorang petani di kampung pada pautan di bawah ini. 

Nekad Berhenti Kerja ‘Designer’, Gadis Ini Kini Gembira Jadi Petani Di Kampung

Bermula Dengan Produk Tenusu, Farm Fresh Kini Jual Daging Segar Premium Di AEON

Bagaimana Sate Haji Samuri Bantu Dalam Menaikkan Nama Bandar Kajang