Pada dua hari lalu seorang pemilik Proton Wira telah berkongsi kehampaannya setelah melihat kereta kesayangannya dibiarkan ‘togel’ terbengkalai oleh pomen bengkel yang dipercayainya selama ini.

Menurut wanita itu, dia meninggalkan keretanya di bengkel tersebut pada awal Perintah Kawal Pergerakkan (PKP) tahun lalu kerana bateri keretanya telah mati. Disebabkan kereta itu akan duduk jangka masa yang agak lama, jadi dia mengambil keputusan untuk mengubahsuai kereta Wira tersebut menjadi ‘Evo’.

Tambahnya lagi, dia telah menghabiskan sekurang-kurangnya RM12,000 secara ansuran untuk proses pengubahsuaian kereta tersebut. Namun, setiap kali wanita ini menanyakan bagaimana keadaan atau mahu melawat untuk melihat keretanya, pemilik bengkel tersebut sering kali memberikan seribu satu alasan supaya wanita ini tidak dapat melihat keretanya sendiri.

@ain_jeman

Sedih lagi banyak dari marah 🥲 banyak kenangan dengan kereta ni 🥲 orang jb tolong ainnn pleasee 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 #viralvideo #fypシ #fypage

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Setelah perkara itu tular mendapat liputan di seluruh media sosial, wanita ini memuat naik video terbaru di mana pomen bengkel tersebut secara ‘tiba-tiba’ menghantar mesej WhatsApp berjanji akan menyiapkan kereta tersebut pada hari Sabtu minggu ini.

Tambah pomen itu lagi, semasa wanita tersebut pergi ke bengkel tersebut secara mengejut, kereta itu kelihatan ‘togel’ kerana mendakwa enjin masih belum dipasang oleh sebab ada perubahan. Dia turut menyatakan kereta tersebut boleh diambil semula pada hari Sabtu ini andai kata kesemuanya komponen sudah siap dipasang dan dicat semula.

Mesej WhatsApp yang dihantar oleh pomen tersebut membuatkan pengguna TikTok yang lain meminta wanita ini membawa kawan yang berpengalaman supaya memastikan kereta tersebut diserahkan dalam keadaan yang baik seperti yang dijanjikan.

https://www.tiktok.com/@ain_jeman/video/7027790240211340571?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Sumber Gambar: TikTok @ain_jeman
Sumber Gambar: TikTok @ain_jeman
Sumber Gambar: TikTok @ain_jeman
Sumber Gambar: TikTok @ain_jeman

Tambah orang ramai lagi, mereka menyarankan agar pemilik Wira tersebut membuat laporan polis serta membawa kes ini kepada tribunal pengguna untuk mendapatkan pengadilan sekiranya bengkel tersebut memungkiri janji.

Wang sudah dibayar, namun barangannya tidak sampai. Beberapa orang pelanggan dedahkan modus operandi ditipu oleh seorang peniaga Lotus Biscoff melalui media sosial. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah

‘Lesap’ Selepas Terima Bayaran, Lelaki Ini Dedah Penipuan Peniaga Lotus Biscoff

Beli iPhone 12 Pro Max Secara Online, Wanita Ini ‘Tertipu’ Hanya Terima Sekotak Jus Epal

Sumber