Lagu Negaraku adalah lagu jati diri seorang rakyat Malaysia. Lagu pertama yang dinyanyikan oleh setiap rakyat Malaysia apabila mereka hadir ke sekolah atau majlis-majlis rasmi.

Sebelum ini kita semestinya selalu mendengar Lagu Negaraku dinyanyikan menggunakan Bahasa Melayu, tetapi bagaimana kalau Lagu Negaraku ini dinyanyikan menggunakan bahasa lain.

Terbaharu, tular di Facebook SEDAR Malaysia sebuah klip berdurasi seminit lebih yang menunjukkan pelajar sekolah menyanyikan Lagu Negaraku menggunakan bahasa cina.

Screenshot 2019-12-06 at 4.59.42 PM

Screenshot 2019-12-06 at 5.01.12 PM

Tindakan tersebut jelas tidak dapat diterima para netizen sambil ada yang menyatakan bahawa tindakan itu tidak menghormati Lagu Negaraku yang dibuat menggunakan Bahasa Melayu.

Screenshot 2019-12-06 at 4.59.22 PM

Terdapat juga beberapa netizen yang mempersoalkan tindakan mereka dengan menyatakan bahawa lagenda badminton negara yang berbangsa cina, Lee Chong Wei sendiri faham untuk menghormati lagu tersebut dan menyanyikannya menggunakan Bahasa Melayu.

Dari sudut undang-undang

Lagu Negaraku telah dilindungi oleh Akta Lagu Negaraku 1968 (ALK 1968) yang memperuntukan dimainkan pada majlis-majlis rasmi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Dalam masa yang sama, Lagu Negaraku juga dimainkan pada majlis-majlis yang melibatkan Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja di Malaysia.

Screenshot 2019-12-06 at 5.13.23 PM

Walaupun di dalam akta ini tidak terdapat satu seksyen pun yang melarang mana-mana individu untuk menyanyikan Lagu Negaraku menggunakan versi bahasa selain daripada Bahasa Melayu.

Tetapi Lagu Negaraku adalah simbol kepada kedaulatan negara, ia telah diwartakan sebegitu rupa dan tidak boleh sama sekali diubah lirik dan melodinya.

Screenshot 2019-12-06 at 5.09.57 PM

Tindakan untuk mengubah lirik dan melodi boleh dianggap seperti anti nasional kerana tidak menghormati apa yang telah diwartakan.

Setakat berita ini ditulis, Polis dikhabarkan telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat individu yang bertanggungjawab.

Individu ini boleh dihukum dengan Seksyen 8 (ALK 1968) kerana tidak menghormati dan memberi pandangan buruk kepada orang awam.

Baru-baru ini tular di media sosial bendera kebangsaan yang dipamerkan terbalik. Perkara ini juga jelas tidak boleh diterima netizen. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Laman Facebook MABA Diserang Netizen Kerana ‘Silap’ Pamer Bendera Malaysia

Konsert Bruno Mars Dimulakan Dengan Nyanyian ‘Negaraku’

Bendera Malaysia Berkibar Di Gaza Selepas Halang Atlet Israel Masuki Negara