Sebuah video tular di media sosial semalam mendakwa wujud layanan berbeza kepada jemaah yang hadir solat Jumaat di sebuah masjid. Menerusi video terbabit, dapat dilihat banyak jemaah tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid walaupun datang awal tetapi ada golongan ‘kayangan’ datang lewat dibenarkan masuk terus.

Hal tersebut mendapat perhatian netizen dan ramai tidak berpuas hati apabila melihat video tersebut. Lantaran itu, pihak Masjid Putra menjelaskan bahawa pengurusan kehadiran jemaah sama ada solat fardhu lima waktu atau Solat Jumaat adalah mematuhi garis panduan dan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Malah, kapasiti jemaah di Masjid Putra telah ditetapkan seramai 300 orang dan daripada jumlah tersebut, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kouta untuk jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal dan memaklumkan jangkaan waktu ketibaan di masjid.

Walau bagaimanapun, pihak Masjid Putra mengakui bahawa pihaknya sering menerima kehadiran jemaah yang melebihi kapasiti sepatutnya pada seawal jam 11 pagi untuk Solat Jumaat sejak beberapa minggu lalu. Malah, pintu pagar utama masjid akan ditutup apabila kapasiti jemaah telah mencukupi.

Lantaran isu ini, pihak pentadbiran masjid memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku dan akan mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan serta berusaha sedaya-upaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai kedudukan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Dakwa Konsep Tudung Diciplak Jenama Terkenal, Netizen Simpati Lihat Pemuda Ini Menangis

Naik Range Rover Di Padang Pasir Untuk Muzik Video, ‘Jihad’ Caprice Cetus Pertikaian Netizen

Pemuda Ini Dakwa Lamborghini Terlibat Kemalangan Hanya Kereta Sewa?