Bukan mudah untuk ibu bapa yang bekerja mengambil keputusan untuk meninggalkan anak mereka kepada pengasuh. Beberapa faktor akan diambil kira sebelum menyerahkan amanah kepada pengasuh.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @cocoandbrownie telah berkongsi beberapa video yang memaparkan wanita yang merupakan seorang pengasuh bertindak mendera bayi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/cocoandbrownie/status/1503714184537997316

Menerusi perkongsian tersebut, kejadian dipercayai berlaku di rumah pengasuh tersebut yang menetap di sebuat flat sekitar Taman Utama Gelugor, Pulau Pinang. Walaupun laporan polis telah dibuat oleh ibu bapa mangsa pada Disember tahun lalu tetapi wanita itu tidak dapat ditahan kerana mengalami masalah mental.

Malah, ada juga ibu bapa yang pernah menghantar anak mereka kepada wanita tersebut mengesyaki anak mereka turut menjadi mangsa penderaan tetapi tiada bukti.

https://twitter.com/cocoandbrownie/status/1503913891742760961

Kini, video yang memaparkan wanita itu mendera anak kecil di bawah jagaannya tersebar dan video itu dirakam oleh anak tirinya yang berusia 11 tahun serta dipercayai turut didera.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa berang dengan tindakan yang dilakukan oleh wanita itu. Malah, para netizen tidak berpuas hati kerana wanita itu tidak ditahan kerana hanya memiliki masalah mental.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen mahu pihak berkuasa memandang kes ini dengan serius kerana membahayakan anak-anak asuhan dijaga wanita itu. Pastinya kes ini membuatkan ramai ibu bapa di luar sana berasa takut untuk menghantar anak mereka ke pengasuh selepas ini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa kes ‘dera’ yang berlaku di Malaysia pada pautan di bawah.

Kronologi Kes Bella, Kanak-Kanak Yang Didera Tanpa Simpati Oleh Penjaganya

Anak Ini Maut Didera Ibu Kandung, Bapa Tiri Selepas Baru 3 Bulan Diambil Dari Keluarga Angkat

Kes Penderaan Bella, Wardina Dakwa Wujud Campur Tangan Pihak Ketiga?