Dua tahun yang lalu, pernah berlaku satu tragedi dimana 8 remaja yang sedang berbasikal lajak telah maut akibat dilanggar. Perkara tersebut telah menjadi perbualan hangat netizen ketika itu.

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila sebuah video tular memaparkan aksi berbahaya beberapa remaja di Taman Muda, Ampang. Menerusi video tersebut, dapat dilihat aksi remaja tersebut yang membahayakan diri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

https://twitter.com/my_crimewatch/status/1188808530377113600

Malah, para remaja tersebut juga terjatuh dan terluka akibat perbuatan mereka. Rata-rata netizen menzahirkan rasa pelik kerana para remaja tersebut dibiarkan bertindak sedemikian rupa tanpa pengawasan ibu bapa.

Netizen juga beranggapan bahawa ibu bapa para remaja tersebut tidak bertanggungjawab dengan membiarkan anak mereka keluar pada waktu malam tanpa pengawasan.

https://twitter.com/nidz_ikhmal/status/1188850312754319360

Screenshot 2019-10-29 at 11.01.57 PM

Perkara ini kelihatan makin serius dimana remaja bawah umur bebas keluar sampai tengah malam. Apa pendapat anda mengenai isu ini?

Kes tragedi langgar yang melibatkan 8 mangsa sebelum ini telah selesai di mahkamah. Baca artikel berkaitan kes tersebut di bawah ini.

Ibu Bapa 8 Mangsa Tragedi Langgar Terkilan Dengan Keputusan Mahkamah

Elak Bayar Tol, Netizen Cari Honda Jazz Langgar Kereta Pelumba Negara

Insiden Langgar Lari Ini Terima Respon Pelbagai Daripada Netizen