Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Semalam tular sebuah video memaparkan pelakon Intan Najuwa berpelukan dengan Aliff Aziz di Genting Highlands, Pahang dan video terbabit telah menjadi bualan netizen.

Susulan video yang tular itu, Intan di Instastory miliknya menjelaskan tentang isu tersebut dan menegaskan bahawa babak mesra itu dirakam ketika dia bersama Aliff Aziz sedang menjalani penggambaran drama terbaru mereka iaitu ‘Jodoh Babysitter’.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

“Kan tengah shooting, nampak tak kamera tengah rolling tu. Semua orang dekat situ tengah shooting drama Jodohku Babysitter. Ingat apa nak peluk saja-saja ke, dah tak ada kerja sangat ke?” ujar Intan.

Tambahnya, dia turut meminta pihak diluar sana tidak menyebarkan perkara negatif serta berita tidak benar. Malah, Intan juga meluahkan rasa kesal kerana tajuk yang dibuat oleh sesetengah portal media kerana mencetuskan pelbagai spekulasi.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Pelanggan Kecewa Jumpa Ulat ‘Berenang’ Dalam Kuah Laksa Yang Dibelinya Di Kedai Makan Terkenal

Tenang Dan Bersahaja, UAI ‘Speaking’ Dengan Minah Saleh Tentang Ibadah Korban Raih Perhatian Netizen