Baru-baru ini, tular sebuah video di Instagram yang memaparkan Tiz Zaqyah dan Keith Foo yang terlihat mesra berpegangan tangan dan berpelukan serta mengikuti trend terlanggar jodoh yang sedang hits di TikTok.

Menerusi video yang dimuat naik seorang individu dipercayai kenalan mereka, Tiz dan Keith dilihat mesra berpengangan tangan dan gembira bersama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perkongsian terbabit telah mencuri perhatian dan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen kerana video tersebut disunting mengikut trend terkini yang membabitkan hubungan cinta.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ianya hanyalah taktik marketing ataupun mereka menjalin hubungan mesra, namun ramai peminat rasa teruja melihat kemesraan mereka.

Malah, para netizen bersetuju jika Tiz dan Keith benar-benar menjalinkan hubungan serta memuji kedua-duanya nampak sungguh sepadan.