Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Sebuah video ngeri yang disiarkan dalam talian pada hari Khamis lalu menunjukkan seorang tawanan perang Ukraine telah diseksa oleh tentera Rusia.

Menurut laporan CNN, kesahihan video itu masih menjadi tanda tanya. Dilaporkan video tersebut mula disiarkan pada halaman Telegram pro-Rusia sebelum tular dengan di media sosial.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Video tersebut menunjukkan seorang askar atau tentera upahan Rusia yang memakai topi berwarna hitam sedang bersiap sedia untuk menyeksa seorang lelaki yang dipercayai tahanan perang dari Ukraine.

Mangsa yang diikat tangannya terbaring tidak bermaya di atas tanah ketika lelaki itu menggunakan pisau pemotong kotak untuk memotong kemaluan mangsa. Kata-kata kesat dalam bahasa Rusia turut kedengaran. Sekurang-kurangnya dua lelaki lain yang kelihatan seperti tentera Rusia dapat dilihat di dalam video tersebut.

Walaupun tidak jelas bila video itu dirakam, tetapi lelaki Rusia itu difahamkan pernah muncul Jun lalu dalam salah satu saluran media yang disokong kerajaan Rusia.

Dalam video yang dikeluarkan oleh media pro-Rusia, kelihatan lelaki itu membawa senapang penembak tepat sambil berjalan-jalan di sekitar loji kimia Azot di bandar Severodonetsk selepas pengunduran Ukraine dari bandar itu.

Dalam catatan yang diterbitkan di saluran RIA Novosti Telegram, agensi berita Rusia mengenal pasti lelaki itu sebagai sebahagian daripada batalion “Akhmat” Chechen.

Rusia telah menawan beribu-ribu askar dan sukarelawan dalam tempoh lima bulan sejak ia melancarkan perang ke atas Ukraine pada 24 Februari. Pada pertengahan Mei, kira-kira 2,500 askar Ukraine menyerah diri di kubu terakhir Mariupol.

Sejak Kremlin melancarkan pencerobohan ke atas Ukraine, terdapat beberapa tuduhan jenayah perang yang dibuat terhadap tentera Rusia. Kerajaan Vladimir Putin telah menafikan kesemuanya.

Perang Rusia dan Ukraine, apa sebenarnya yang dimahukan Vladimir Putin? Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Perang Rusia Dan Ukraine, Apa Sebenarnya Yang Dimahukan Vladimir Putin?

‘Yahudi Tidak Boleh Berdiam Diri’ – Presiden Ukraine Ajak Orang Yahudi Bangun Lawan Rusia

Pejuang Ukraine Lumur Peluru Dengan Lemak Babi, Diguna Untuk Lawan Tentera Islam Chechnya