Tular di media sosial sebuah video menunjukkan seorang pegawai melempar barang dari pesawat. Video tersebut telah yang dimuat naik oleh salah satu akaun Instagram dan mendapat perhatian ramai orang. Tidak hanya tular di Instagram, video itu turut dimuat naik dan tular di Twitter.

Video yang berdurasi selama 17 saat itu menunjukkan seorang lelaki yang berpakaian hitam membaling dan menjatuhkan barang dari kabin ke bagasi kereta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebahagian daripada netizen mengkritik pekerja tersebut, manakala yang lain berseloroh sambil menyatakan bahawa itu adalah sebahagian daripada cara untuk memastikan barang cepat sampai.

Lion Air tidak menunggu lama untuk memberi maklum balas mengenai kejadian tersebut. Salah seorang pegawai Strategik Komunikasi Korporat Kumpulan Lion Air Danang Mandala Prihantoro mengesahkan bahawa pihaknya kini sedang menyiasat kejadian dalam video berkenaan.

“Penjelasan Lion Air dari video yang beredar dan tular adalah Lion Air saat ini masih melakukan proses siasatan lebih lanjut,” kata Danang menurut laporan media Indonesia.

Masih tidak diketahui sama ada barangan yang dicampak oleh pegawai berkenaan adalah milik penumpang atau tidak. Namun menurutnya, bagasi penumpang tidak diletakkan di dalam kabin pesawat.

“Untuk pengetahuan orang ramai, bagasi penumpang tidak diletakkan di dalam kabin pesawat. Susunan dan penempatan bagasi penumpang adalah di bahagian bawah pesawat,” katanya.

Hanya salah faham bukan mogok, J&T minta maaf pekerja campak parcel secara ganas. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

‘Hanya Salah Faham Bukan Mogok’- J&T Minta Maaf Pekerja Campak Parcel Secara Ganas

Barang Pecah Dan Salahkan Syarikat Kurier, Netizen ‘Sekolahkan’ Pembeli Tuduh Tidak Berasas

Cara Membuat Tuntutan Jika Terima Barangan Rosak Atau Pecah Dari J&T Malaysia