Sebelum ini tular video memaparkan situasi peniaga sebuah pasar basah di Terengganu yang disaman oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) gara-gara menjual ayam pada harga yang tidak dibenarkan.

Menerusi video itu, hampir kesemua peniaga terbabit disaman sebanyak RM500 di atas kesalahan tersebut dan ada juga peniaga merungut serta mempertikaikan penguatkuasaan yang dijalankan pegawai KPDNHEP.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan, kesemua peniaga yang disaman mengambil kesempatan dengan menjual ayam melebihi harga siling ditetapkan kerajaan iaitu RM8.90 sekilogram dan memberikan alasan harga ayam yang diterima melalui pemborong sudah sememangnya tinggi.

Mereka mendakwa terpaksa meletakkan harga sehingga RM10 sekilogram dengan memberikan alasan menerima ayam segar pada harga RM8.60, selain turut perlu membayar kos pengangkutan RM1 bagi setiap ekor ayam.

Video tersebut meraih simpati banyak pihak tetapi pembeli di kedai ayam tersebut tampil menerangkan keadaan yang berlaku. Menurut pengguna Twitter @OpsSenyum, keluarganya antara mangsa peniaga-peniaga tersebut dan berasa tertipu ketika membeli ayam.

Mana tidaknya, harga yang diletakkan adalah RM8.90 sekilogram tetapi apabila beli harga ditimbang mencecah sehingga RM10 sekilogram. Tambahnya lagi, tindakan peniaga tersebut menipu harga adalah tidak wajar dilakukan.

Menurutnya dia faham akan kerisauan untung sedikit tetapi penipuan harga yang dilakukan oleh peniaga adalah satu kesalahan. Tambahnya, isu kenaikan harga ayam ini perlu dipandang serius kerana ia merupakan antara makanan asas rakyat Malaysia dan berharap isu ini tidak terjadi lagi.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

‘Jerat Kehancuran Hidup’- Pinjaman Peribadi GOpinjam Dari Touch ‘n Go Undang Pertikaian Netizen

Kecewa Dituduh Jual Harga Tel Aviv, Chef Ammar Jelaskan Mengapa Juadahnya Dijual Mahal

Mod ‘Auto-Pilot’ Dilarang Di Malaysia, PDRM Akan Buka Kertas Siasatan Terhadap Pasangan Singapura