Dalam salah satu rakaman yang tular di media sosial membabitkan sebuah kereta dan dua buah motosikal memaparkan sebuah kemalangan dipercayai berlaku di susur keluar Subang Jaya arah utara.

Insiden ini berlaku apabila sebuah kereta berwarna putih yang berada di lorong tengah hendak menghala ke persimpangan susur keluar jalan raya sebelum dirempuh oleh sebuah motorsikal yang menggunakan lorong kiri.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Morning morning tag owner agak sape yang kenal.senang untuk melengkapkan siasatan. Abg nak pergi berjuang dulu.halaaa. kejadian di exit subang jaya arah utara 07:51.ūü§¶ , #hellheaven #helltruckers

Posted by Kechiq Gtnxr on Monday, 3 August 2020

Malang tidak berbau apabila sebuah lagi motorsikal tidak sempat menghentikan kenderaannya turut merempuh penunggang motosikal terbabit. Salah seorang dari penunggang motosikal terbabit dilihat masih mampu berdiri sejurus selepas kemalangan, manakala yang lain kelihatan masih terbaring di bahu jalan.

Video yang berdurasi selama 49 saat itu telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 10 ribu kali oleh warganet.

Terdahulu, seorang penunggang motosikal telah terbabit dengan satu kemalangan misteri. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kemalangan Misteri Membabitkan Penunggang Motosikal Dan ‘Hantu’ Cetus Tanda Tanya Netizen

Netizen Bengang ‘Geng Kereta Mahal’ Sebabkan Kemalangan Kerana Berlumba

Yang Di-Pertuan Agong Periksa Kemalangan Di Dua Lokasi Berbeza Sekitar Putrajaya

Anda Mungkin Suka