Sekitar awal minggu lalu tular sebuah video melihatkan pelawak Lan Pet Pet sekali lagi terlibat dalam pergaduhan di mana beliau telah merangkul leher dan memukul seorang penghantar makanan.

Video berdurasi 24 saat yang memaparkan Lan Pet Pet bertindak ganas dan hilang sabar secara tidak langsung menjemput kepada pelbagai tohmahan dan buah mulut daripada para netizen. Terbaharu, Lan Pet Pet dilaporkan tampil ke balai polis untuk memberi keterangan.

https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1389390232127041536?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1389390232127041536%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Frangkul-leher-dan-pukul-pekerja-foodpanda-lan-pet-pet-sekali-lagi-terlibat-dengan-pergaduhan%2F

Menurut Lan Pet Pet, semuanya bermula apabila beliau yang sedang berada dalam kereta di Jalan Ampang menegur seorang penghantar makanan yang sedang menggunakan telefon bimbit di jalan raya yang mampu membayakan nyawanya serta pengguna jalan raya yang lain.

Walau bagaimanapun, segalanya berubah apabila dikatakan telah dimaki dan menerima provokasi daripada penghantar makanan berkenaan membuatkan beliau hilang sabar.

Tidak mahu diri dibiarkan diserang, Lan Pet Pet mengakui sekadar mahu mempertahankan diri dan bukannya mahu menunjuk samseng. Beliau juga turut mengakui pergaduhan yang berlaku hanya berlangsung beberapa saat sahaja.

Disangka pergaduhan yang berlaku tamat di tempat kejadian, beliau tidak menyangka terdapat individu yang merakam situasi yang berlaku serta menyebarnya melalui group WhatsApp dan juga media sosial.

Untuk pengetahuan ini bukanlah kali pertama Lan Pet Pet terlibat dengan pergaduhan. Beliau sebelum ini turut menjadi buah mulut netizen apabila memukul seorang pengawal keselamatan iaitu Pak Ya pada 6 April 2019.

Difahamkan kini pihak polis sedang menanti penghantar makanan berkenaan untuk tampil ke balai polis dalam memberi keterangan mengenai isu yang berlaku.

Ketahui lebih lanjut mengenai isu yang berlaku melibatkan Lan Pet Pet dan penghantar makanan dan klik pautan di bawah.

Rangkul Leher Dan Pukul Penghantar Makanan, Lan Pet Pet Sekali Lagi Terlibat Dengan Pergaduhan

Mahu Utamakan Golongan ‘Kayangan’, Wanita Ini Maut Selepas Tangki Oksigen Dirampas Polis