Semalam tular satu video yang menunjukkan tiga orang lelaki melarikan diri dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Kampung Pasir, Kampung Pasir, Kuala Lumpur. Video terbabit menunjukkan tiga orang lelaki merangkak keluar melarikan diri melalui pagar kawat duri yang diletakkan di sekitar blok terbabit.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, pihak polis kini sedang mengesan tiga lelaki yang melarikan diri dari kawasan PKPD. Kejadian yang berlaku pada jam 4.50 petang pada 4 Julai itu telah mendapat perhatian pihak polis setelah pemeriksaan di tempat kejadian mendapati bahawa wayar berduri tersebut rosak semasa suspek cuba melarikan diri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sambung polis lagi, dua daripada tiga suspek sudah berjaya dikenalpasti oleh pihak polis. Suspek pertama adalah lelaki berusia 34 tahun dengan enam rekod jenayah berkaitan dadah dan pelbagai kesalahan lain termasuk merompak dan mencuri. Suspek kedua adalah lelaki berusia 46 tahun dengan sembilan rekod jenayah termasuk pencurian dan pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Video yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna Facebook terbabit tular sejak semalam. Ia mendapat perhatian warganet yang menonton selepas ia dikongsi lebih 2,000 kali dan mendapat lebih 1,000 tanda suka.

Polis juga menyatakan kepada orang ramai agar tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai video viral terbabit. Mereka yang mempunyai maklumat lebih lanjut mengenai kejadian tersebut dengan diminta menghubungi pihak Polis Brickfields di talian 03-2297 9222.

Tidak puas hati kena PKPD, warga asing didakwa lempar objek kepada petugas keselamatan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tidak Puas Hati Kena PKPD, Warga Asing Didakwa Lempar Objek Kepada Petugas Keselamatan

Sunyi Dan Menyeramkan, Netizen Kongsi Situasi Semasa Kawasan PKPD

Dirakam Dron Pemantau Polis, Lelaki Ini Kantoi Cuba Rentas Daerah Dengan Basikal