Semalam tular video seorang wanita warga China telah ditarik oleh 3 orang lelaki dan jeritannya menyelamatkan dirinya apabila orang awam mulai sedar akan keadaan tersebut.

Difahamkan, wanita yang berusia 29 tahun itu sedang minum bersama rakannya di sebuah kedai makan berhampiran lokasi sekitar 7 malam. Kemudian, mangsa dihampiri tiga lelaki disyaki warga tempatan memperkenalkan diri sebagai polis sebelum mereka memegang kedua-dua tangan wanita itu dan menariknya ke kawasan letak kereta.

Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Azam Ismail berkata, seorang lelaki berusia 46 tahun yang juga koperal polis ditahan orang awam di lokasi terbabit, manakala dua lagi rakannya melarikan diri.

Tambahnya, pihaknya sudah mengenal pasti identiti dua suspek yang masih bebas dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan. Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami kerugian wang tunai kira-kira RM5,000 dan kehilangan barangan peralatan solekan.

Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan suspek direman bermula hari ini sehingga 30 Ogos ini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang hangat diperkatakan netizen pada pautan di bawah ini.

Dua Kumpulan Mat Rempit Bergaduh Besar Cetus Kekecohan Di Dataran Merdeka

Netizen Puas Hati Lihat Abang Polis Tahan Pemandu Samseng ‘On The Spot’

Kerajaan Filipina Dapat Kebenaran Untuk Masukkan Sabah Ke Dalam Peta