Dalam kehidupan bermasyarakat, jiran merupakan orang kedua yang hampir dengan kita. Jadinya, sikap toleransi sesama jiran memainkan peranan penting. Bukan mudah untuk memahami perangai jiran kerana latar belakang jiran yang pelbagai yang berbeza dengan kita. Dapat jiran yang baik dan mampu bertoleransi adalah satu rezeki.

Namun ada juga yang tidak bernasib baik apabila mendapat jiran yang kurang ajar dan mengamalkan sikap penting diri.

Iskarnival 2019 Cover
HYPE
Mengapa Anda Perlu Terjah Acara Epik Iskarnival Eko 2019 Hujung Minggu Ini
Baca lagi →

Baru-baru ini tular sebuah video yang dimuat naik di laman Twitter @My_CrimeWatch, memaparkan seorang wanita yang kelihatan marah dan membaling barang ke dalam rumah jirannya. Tidak dapat dipastikan punca mengapa wanita tersebut bertindak sedemikian.

Menerusi video tersebut, wanita itu dilihat membaling pasu bunga ke dalam rumah jirannya dan turut memecahkan lampu yang terdapat pada pagar rumah tersebut sebelum kembali memasuki rumahnya sendiri. Kegiatan ‘kurang ajar’ beliau itu berjaya dirakam oleh seorang individu yang turut berada di tempat kejadian.

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen yang melihat perkongsian ini mengecam keras tindakan wanita tersebut yang dianggap kurang ajar itu dan ada netizen yang turut berkongsi pengalaman tentang perangai jiran mereka.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat dijadikan iktibar untuk semua orang. Jika tidak puas hati sekali pun dengan jiran kita, berbincanglah dengan baik supaya perkara sebegini dapat dielakkan.

Ikuti kisah wanita ini tentang pengalaman manis beliau bersama jirannya. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Pengalaman Masa Kecil Ajar Saya Tentang Kepentingan Hak Terhadap Jiran

Lihat Cara Kreatif Lelaki Ini Hiburkan Jirannya Di Musim Sejuk Melampau

Damansara Heights Tersenarai Sebagai Kawasan Kejiranan Paling ‘Cool’ Di Dunia

Anda Mungkin Suka