Kecoh sejak semalam apabila tular di Facebook AFN Diego Garcia di mana penduduk Diego Garcia dikatakan mempunyai wajah yang sangat mirip dengan mangsa MH370.

Lebih mengejutkan netizen, bukan sahaja seorang mangsa MH370 mempunyai wajah yang mirip, malah turut dikongsikan beberapa wajah penduduk Diego Garcia yang didakwa hampir sama dengan mangsa MH370.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Situasi yang berlaku turut mejemput para netizen untuk hadir dengan pelbagai teori yang mengaitkan penduduk Diego Garcia dengan mangsa MH370. Tidak kurang juga yang menyeru pihak yang bertanggungjawab untuk membawa pulang mereka yang berwajah mirip ini ke Malaysia.

Melihat kepada kekecohan yang berlaku, anak kepada Andrew Nari selaku Ketua Pramugara MH370 tampil berkongsi di Instagram memaklumkan wajah yang tular di media sosial tersebut sememangnya bukan ayahnya.

Dalam pada itu, anaknya itu mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang masih prihatin dengan keadaan ayahnya meskipun sudah beberapa tahun berlalu.

Beliau juga dikatakan terhibur membaca beberapa komen segelintir netizen dan berharap orang ramai tidak berasa bersalah terhadap beliau atas perkongsian yan tular.

Menerusi penjelasan yang dibuat, diharap orang ramai tidak lagi membuat spekulasi atau teori dalam menjaga sensitiviti serta tidak mengeruhkan keadaan ahli keluarga mangsa MH370.

Tular pada minggu ini apabila rakyat Malaysia di Australia ini memaklumkan berjaya raih sehingga RM43,000 sebulan bekerja sebagai penghantar barang.

Raih RM43,000 Sebulan Sebagai Penghantar Barang, Rakyat Malaysia Ini ‘Selesa’ Bekerja Di Australia

‘Public Transport Jadi Public Toilet’ – Wanita Selamba Buang Air Kecil Dalam MRT