Sejak dua hari yang lalu, gambar wajah seorang lelaki Malaysia yang sangat mirip dengan wajah Shah Rukh Khan telah tular di media sosial.

Individu berkenaan, encik Fendi Ismail yang berasal dari Temerloh, Pahang berkongsikan gambar beliau di Facebook terlebih dahulu. Perkongsian yang sebenarnya satu jenaka itu secara tiba-tiba diambil serius oleh netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Mulanya ada orang bagi buah durian dekat saya. Tiba-tiba datang idea mahu guna FaceApp untuk edit sedikit wajah bagi jadi macam Shah Rukh Khan. Tiba-tiba macam ‘kena’ pula. Saya pun muat naiklah di Facebook. Lepas itu, notifikasi di telefon saya naik mendadak dan barulah saya perasan gambar yang saya edit itu sudah viral,” kata encik Fendi menerusi perbualan telefon bersama pihak The Vocket.

Ramai yang mula berkata beliau ‘menipu’ kerana wajah sebenar beliau langsung tidak seiras dengan Shah Rukh Khan. Tetapi dalam video yang dimuat naik oleh Fendi hari ini, semuanya hanyalah jenaka beliau untuk rakan di Facebook dan tidak sangka akan meletup.

Beliau memohon maaf jika ada yang ‘tertipu’ dan bukan niatnya berbukat demikian. Namun, populariti yang diterimanya sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam menjalankan aktiviti kebajikan yang diusahakan oleh beliau.

Encik Fendi merupakan peniaga roti canai di pagi hari tetapi selepas tamat meniaga, beliau akan berada di Masjid Taman Temerloh Jaya. Encik Fendi merupakan biro media korporat untuk masjid berkenaan.

Beliau kerap membuat video live berkenaan aktiviti yang dibuat di masjid berkenaan. Bukan terhenti di situ, Fendi dan AJK yang lain turut memberi bantuan kepada penduduk sekitar menerusi sumbangan daripada orang ramai. Boleh dikatakan setiap kunjungan akan di update oleh encik Fendi sendiri di laman Facebook beliau.

“Alhamdulilah disebabkan gambar saya viral, ramai yang mahu sama-sama membantu golongan yang memerlukan. Kadang penduduk sekitar masjid ini ada barang yang dihajati untuk diberikan kepada orang lain. Jadi bila mereka tahu ada perantara untuk proses ini, sedikit sebanyak memudahkan urusan mereka,” kata encik Fendi.

Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Masjid Taman Temerloh Jaya juga turut memberi sumbangan kepada mereka yang terkesan akibat COVID-19 dengan dana bantuan RM20,000. “Berkat tular gambar Shah Rukh Khan saya, saya harap ramai yang sama-sama berusaha untuk bantu golongan yang memerlukan selepas ini,” tambah Fendi.

Buat yang berada di sekitar Temerloh, untuk menempah roti canai anda boleh hubungi terus encik Fendi laman Facebook beliau di sini.

Ini pula artikel lain yang berkaitan wajah seiras. Baca pada pautan di bawah.

Wajah Seiras Tanda Jodoh, Doktor Rungkai Fakta Mengapa Wajah Kita Mirip Pasangan

‘Abang Maznah’ Curi Tumpuan Netizen, Rupanya Orang Kuat Di Sebalik LTdL

Animasi Dari Indonesia Tiru Upin Dan Ipin?