Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pada hujung minggu baru-baru ini tular sekeping gambar seorang wanita mengisi  minyak kuning (RON 95) pada kereta mewah jenama McLaren. Gambar itu telah menjadi perdebatan ramai, sama ada kereta mewah itu boleh menggunakan selain ‘minyak premium’ (RON 97).

Artikel Berkaitan:

Dr.Aid Fawzal sekali lagi tampil memberikan penjelasan bagi memudahkan orang ramai faham kemampuan minima enjin sesuatu kenderaan menggunakan minyak RON.

Kereta yang dipandu oleh wanita itu merupakan McLaren 570S yang dikuasakan dengan enjin 3.8L V8 Twin-Turbocharged yang memberikan kuasa 562hp dan 600Nm tork.

Dalam satu temu bual beliau bersama Ir. Fadzil ZA, seorang pakar enjin pada bulan Jun lalu, Ir.Fadzil ada menjelaskan enjin moden pada masa ini boleh menerima julat (range) RON yang sesuai di luar daripada yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan.

Menurut Dr.Aid, walaupun model McLaren 570S disyorkan untuk menggunakan RON 98 mengikut piawaian, namun kereta tersebut tiada masalah untuk bergerak dengan diisi minyak RON yang lebih rendah. Beliau juga mendapati enjin-enjin McLaren yang diperbuat oleh Ricardo boleh menerima minyak serendah RON 93.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan prestasi kereta akan berkurangan dan penggunaan minyak akan meningkat. Ada juga kemungkinan boleh merosakkan beberapa sensor contohnya sensor oksigen kerana pembakaran kurang lengkap dan jelaga mula menyelaputi sensor itu.

Dr.Aid juga berkongsi cara untuk menyemak penggunaan RON mengikut piawaian sesuatu kereta dengan melihat buku panduan yang turut hadir disertakan semasa membeli kenderaan baharu itu.

Di akhir perkongsiannya, beliau mencadangkan setiap pemilik kereta menggunakan RON seperti yang disyorkan oleh pengeluar supaya kuasa kenderaan dapat digunakan dengan optimum dan mengelakkan kerosakan yang tidak diingini pada masa akan datang.

Untuk makluman, Dr. Aid merupakan salah seorang penyumbang terbesar dalam sistem penyejukan yang dihasilkan oleh syarikat supercar terulung di Itali dengan menggunakan formula baharu yang dikenali sebagai ‘Fawzal Number’.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.