Awal minggu ini tular satu video di media sosial yang memaparkan seroang lelaki warga asing bergelut dengan anggota polis ketika sedang diiringi untuk memasuki kereta polis.

Video yang tular itu bagaimanapun dikongsikan dengan tiada maklumat sahih yang diberikan sehinggalah ianya dijelaskan dalam satu hantaran video yang dibuat di Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) pada petang semalam.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →
photo_2020-10-01_12-26-46

Tangkap layar video yang dikongsikan netizen di media sosial

Apa yang berlaku

Dalam video penjelasan yang dimuat naik di PDRM RMP TV itu, kejadian tular itu dikatakan berlaku di Bandar Mahkota Cheras, Selangor yang melibatkan seorang lelaki warga asing yang ditahan pihak polis.

Menerusi penjelasan yang diberikan Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Bin Hassan berkata kejadian itu pada mulanya dilaporkan oleh seorang wanita yang juga merupakan pemilik restoran berhubung lelaki itu yang dikatakan telah mencederakan dirinya.

kedai1

Rakaman CCTV dalam restoran dimana pemilik mendakwa dicederakan.

“Dalam laporan polis yang dibuat pengadu, beliau mendakwa bahawa pada 28 September jam lebih kurang 3.30 petang, semasa bekerja di kedai makannya di Jalan Temenggung Seksyen 9 Bandar Mahkota Cheras, pengadu telah dipukul seorang lelaki warganegara Nigeria di bahagian belakang badan dengan menggunakan tangan.

“Dalam kejadian ini suspek dipercayai di bawah pengaruh alkohol berdasarkan kepada bau arak. Suspek juga telah membuat kacau dan merosakkan barang-barang yang ada dalam kedai pengadu serta memukul seorang pemandu lori yang sedang menurunkan barang di kedai bersebelahan restoran tersebut.

Sejurus mendapat makluman, pihak polis Kajang telah bergerak ke tempat kejadian dan menangkap suspek warganegara Nigeria itu dan kes berkenaan menurut beliau kini sedang disiasat di bawah Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan iaitu atas kesalahan mencederakan dan mendatangkan perbuatan khianat.

Suspek juga difahamkan kini direman selama empat hari sehingga esok, 2 Oktober 2020 dan pihak polis pada masa sama juga sedang menyiasat kesahihan dokumen perjalanan lelaki terbabit.

KES PUKUL DAN KHIANAT : SUSPEK DITAHAN #RMPTVVIRAL 30 SEPTEMBER 2020

KES PUKUL DAN KHIANAT : SUSPEK DITAHAN #RMPTVVIRAL 30 SEPTEMBER 2020TULAR DI MEDIA SOSIAL SATU VIDEO PERGELUTAN ANTARA SEORANG LELAKI WARGANEGARA ASING DENGAN ANGGOTA POLIS DI BANDAR MAHKOTA CHERAS, SELANGOR. BUTIRAN LANJUT MENGENAI KES INI, KITA BERSAMA ACP MOHD ZAID BIN HASSAN KETUA POLIS DAERAH KAJANG.BERSAMA KITA MEMBANTERAS JENAYAH, KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI.

Posted by PDRM RMP TV on Wednesday, September 30, 2020

Tonton juga aksi pencuri ini melarikan kereta di pam minyak ketika pemandunya sedang mengisi minyak baru-baru ini di pautan di bawah.

Gara-Gara Tidak Kunci Pintu Ketika Isi Minyak, Kereta Wanita Ini Dilarikan Di Depan Mata

Netizen Puas Hati Lihat Aksi Spontan Pegawai PBT ‘Flying Kick’ Peragut

Anda Mungkin Suka