Tular di media sosial sejak dua tiga hari yang lalu perihal gambar ‘terkini’ penyanyi hip hop terkemuka negara, Malique. Ramai yang dilihat gembira kerana dapat melihat wajah terkini Malique walaupun dirakam dari jarak jauh.

Gambar tersebut awalnya hanya dikongsikan di laman peminat Malique di Facebook tetapi ia kemudiannya disebarkan di merata platform media sosial terutamanya di Twitter dan Facebook.

Dalam keterujaan itu, peminat sebenarnya terlepas pandang. Peminat terlepas pandang bahawa Malique ‘tidak suka’ akan perkara tersebut. Sejak, sekian lama Malique cuba menyembuyikan identiti keluarga kesayangannya dan secara tiba-tiba gambar bersama keluarganya (yang tidak dikaburkan wajah) pula tular di media sosial.

Artis di bawah naungan Malique, Kmy Kmo juga turut bersuara perihal perkara gambar yang tular tersebut. Gambar yang ditularkan juga bukan dirakam pada masa yang sama.

Kami sempat bertanya pandangan saudara Saiful Saaid, antara individu yang pernah bekerja secara terus dengan Malique. “Ada sebab mengapa Malique tidak mahu muncul kembali di khayalak ramai. Antaranya beliau mengaku sudah tidak mahu ‘jual dirinya’ tetapi karyanya sahaja yang menjadi suara dan wakil beliau masih wujud dalam industri muzik negara,” kata Saiful.

Begitu juga dalam kehidupan seharian. Jika sesuatu kerja tersebut tidak memerlukan beliau untuk keluar dari rumah, beliau hanya akan wakilkan orang lain untuk selesaikan kerja tersebut.

Buat anda yang mungkin bertuah dapat bertemu Malique selepas ini, jika bertemu dengan tuan punya badan biarlah gambar berkenaan menjadi tatapan dan memori buat anda sahaja. Hormatilah keputusan Malique yang tidak mahu diganggu. Jika beliau sudah bersedia untuk kembali dalam indusri, pasti beliau akan umumkan.

Ini pula artikel berkenaan album ‘terakhir’ Malique dalam bahasa Melayu, TKO: Pejamkan Mata. Moga The General akan kembali dengan karya baharu di masa akan datang.

Kodeks Kompleks Malique Dalam Lagu Baru, Pejamkan Mata

Kenapa Anda Perlu Dapatkan ‘TKO: Pejamkan Mata’ Masterpiece Terakhir Malique Dalam Bahasa Melayu

Sejarah Lagu ‘Diss Track’ Dalam Industri Muzik Negara