Apabila sebut sahaja nama negara Mexico, rata-rata pasti skeptikal dengan negara ini. Mana tidaknya, kartel-kartel besar dadah semuanya dilahirkan di Mexico.

Namun itulah yang sering dipaparkan media seluruh dunia. Apa yang ramai tidak nampak adalah keindahan alam sekitar di Mexico itu sendiri. Terdapat banyak hidden spot menarik yang terdapat di Mexico antaranya pantai di Tulum, Playa Mazunte dan Troncones. Sekadar memberitahu beberapa lokasi menarik di sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Yuna dan suami, Adam memilih Mexico sebagai lokasi berbulan madu mereka. Menerusi gambar-gambar yang dikongsi di laman Instagram Yuna, ternyata Mexico memang sebuah negara yang indah terutamanya pantainya.

https://www.instagram.com/p/BfllAaahC3Z/?taken-by=yunamusic

https://www.instagram.com/p/BfpHxlVBMGu/?taken-by=yunamusic

Tulum adalah bandar di Mexico yang berdepan dengan laut Caribbean. Laut Caribbean memang terkenal dengan air yang jernih serta berwarna biru dan mungkin disebabkan faktor ini,Yuna dan Adam memilih untuk memilih Mexico sebagai tempat percutian mereka.

Salah satu lokasi awesome yang mereka pergi ketika di Tulum adalah Grand Cenote, gua di mana airnya sangat jernih dan menjad lokasi mesti pergi jika berada di Tulum. Berdasarkan komen-komen di Trip Advisor, ramai yang berkata tempat ini mempunyai suasana yang sangat calm dan worth it untuk dikunjungi.

https://www.instagram.com/p/Bfrp5BKB8YE/?taken-by=yunamusic

Bila lihat gambar percutian Yuna ini, rasa mahu tambah Mexico sebagai salah satu negara yang perlu dikunjungi. Ada di antara anda yang pernah sampai ke Mexico sebelum ini?