Walaupun sudah kerap kali tertangkap dan dirakam kamera-kamera litar tertutup sebelum ini, namun golongan-golongan peragut yang melakukan perbuatan keji ini seakan-akan tidak belajar daripada kesilapan yang pernah dilakukan individu lain.

Malah, mereka ini dilihat semakin berani dan terdesak untuk meragut seperti  kejadian yang dirakam dan tular di media sosial ini dimana mereka  lebih berani dengan menghampiri mangsa dan meragut mereka secara berhadapan serta bertindak menumbuk mangsa selepas itu.

Susulan daripada kejadian itu, mangsa yang ketika itu sedang berada di kaunter pembayaran farmasi di Jalan Gombak, Setapak dilaporkan kerugian sekitar RM10,000 selepas dua utas rantai emas miliknya dilarikan.

Jika anda perhatikan dalam video yang dikongsikan di atas, sebenarnya terdapat dua individu yang dilihat bersekongkol dalam keajadian ragut berkenaan dimana baju hitam bertindak sebagai peragut manakala lelaki berbaju oren pula dilihat sedang memerhatikan dan mengawal kawasan dari luar.

Menurut laporan Berita Harian, “dua suspek berjalan ke arah pintu masuk farmasi dari sebuah kenderaan yang diletak di tepi jalan di hadapan farmasi terbabit” dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan.

ragut 2
Bulatan merah- lelaki berbaju oren

Kedua-dua suspek juga itu juga menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail seperti dilaporkan Berita Harian difahamkan melarikan diri menggunakan kereta dengan nombor pendafataran palsu bagi tujuan mengelirukan pihak berkuasa.

Oleh itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan jelasnya boleh menghubungi dan menyalurkan maklumat kepada pihak polis secara terus atau menyalurkan kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

Lelaki berbaju oren

Kejadian ragut itu bagaimanapun bukanlah satu-satunya video yang tular apabila satu lagi video yang memaparkan lelaki yang kelihatan hampir sama dan memakai baju berwarna oren turut dirakam melakukan kejadian ragut di tempat lain.

Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada ianya adalah individu yang sama dengan kejadian yang berlaku di farmasi seperti dilaporkan sebelum ini, namun netizen seakan-akan bersetuju bahawa ianya adalah susuk yang sama jika melihat kepada pakaian dan susuk tubuhnya.

Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis masih belum terdapat laporan yang menjelaskan dengan terperinci tentang insiden kedua yang melibatkan lelaki berbaju warna oren berkenaan.

Baca juga perkongsian semasa daripada kami sebelum ini melalui pautan di bawah.

Netizen ‘Berbalah’ Tengok Mural Siling Hasil Tangan Hanis Zalikha

Ketukan ‘Misteri’ Dilaporkan Hantui Penduduk Di Sabak Bernam

Industri Pelancongan ‘Tenat’, 204 Syarikat Perhotelan Dan Resort Gulung Tikar?