Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan pembubaran lima agensi dan jawatankuasa kerajaan – Majlis Profesor Negara (MPN), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKK), Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Sebahagian besar daripada agensi yang diwujudkan pentadbiran kerajaan pusat sebelum ini akan dinilai semula dan dibubarkan,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Langkah ini diambil untuk memastikan agensi atau agensi yang kurang relevan tidak akan membebankan kerajaan dan antara langkah untuk penjimatan. Sementara itu, peranan SPAD akan dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan.

Pada masa yang sama Tun Mahathir berkata, proses penamatan penjawat awam lantikan kontrak yang berkaitan politik akan diteruskan namun kerajaan akan mengambil kira golongan yang berpendapatan rendah seperti pemandu akan diserapkan.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group