Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pilihanraya ke-15 bakal berlangsung pada 19 November hadapan yang mana berlakunya pertembungan sengit daripada pelbagai parti pada kali ini. Malah, lebih 21 juta pengundi berdaftar dijangka akan mengundi PRU pada kali ini.

Artikel Berkaitan:

Selepas tarikh pembuangan undi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Muhammad telah menghantar ciapan ke Twitter yang menggesa SPR mengharamkan pengundi dari membawa telefon pintar ke pusat pembuangan undi.

HYPE
Capai 5.4 Juta Tontonan, Alha Alfa Cosmetics Berjaya Mendimensikan AJL 37 Dengan Kemeriahan
Baca lagi →

Menurut beliau, jika dibenarkan membawa masuk telefon pintar akan menggalakkan amalan rasuah kerana pengguna boleh menunjukkan bukti mereka telah mengundi calon tertentu untuk menerima wang sogokan parti tertentu.

Dengan ini, tiada lagi privasi serta ketelusan di dalam pengundian dan secara automatiknya undian boleh dimanipulasi dengan mudah. Bagi beliau, ini merupakan antara kelemahan yang perlu diperbaiki oleh SPR pada PRU akan datang.