Beberapa hari ini tular di media sosial serta aplikasi WhatsApp satu pesanan audio daripada ‘Mak Teh’ yang dilihat sengaja mahu menakut-nakutkan orang ramai terutamanya golongan warga emas tentang keburukan vaksin.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi akaun Twitter rasminya telah membidas kenyataan Mak Teh dan berkata kenyataan yang dibut oleh golongan seperti itu hanya akan membuatkan orang ramai jadi takut untuk ambil suntikan vaksin dan menyebabkan lebih ramai orang akan dijangkiti COVID-19 dan meninggal dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tambahan pula, dakwaan Mak Teh bahawa sudah 40 orang jururawat meninggal dunia kerana suntikan vaksin serta minum ‘ayaq nyoq’ (air kelapa) adalah lebih baik daripada vaksin ternyata tidak benar dan Tun Mahathir ternyata kecewa dengan fahaman tersebut.

“Saya berasa sedih apabila ‘Mak Teh’ berkata kononnya orang yang telah disuntik (vaksin) ini 40 orang telah mati. Kita kena tentukan apa yang kita cakap tu betul.

“Saya tak percaya perkara itu betul Kerana saya dan isteri pun sudah disuntik.Tak dak apa pun. Ini satu dakyah yang tiada asas. Ia sebenarnya menghukum mati orang yang tidak dapat vaksin. Mereka yang tidak divaksin akan kena penyakit ini dan mati.

“Kalau mati, Mak Teh lah yang bertanggungjawab. Kalau dosa, dosa Mak Teh lah,” kata Dr Mahathir dalam rakaman video yang dikongsi.

https://twitter.com/paanized/status/1396069614337990658

Cadangan Mak Teh supaya minum air kelapa untuk ‘cuci badan’ daripada vaksin juga tidak dipersetujui Tun Mahathir. “Ayaq nyoq nak buat apa? Kalau betul pi (pergi) lah sendiri minum ayaq nyoq, lepas tu cium orang yang sakit COVID-19 ini dan tengok nak jadi apa. Bolehkah ayaq nyoq tu bertahan (daripada jangkitan),” tegas Tun Mahathir lagi.

Bagi Tun Mahathir, tindakan tersebut adalah satu tindakan yang tidak baik. Kita sebagai rakyat Malaysia juga tidak sepatutnya percaya bulat-bulat apa yang didengari atau baca. Adalah lebih baik untuk kita menerima vaksin daripada terdedah risiko dijangkiti COVID-19.

Sebelum ini tular isu dakwaan tidak benar Starbucks dan McDonald’s menyokong Zionis. Baca lagi pada pautan di bawah.

Tular Isu Boikot, Lelaki Ini Jelaskan Dakwaan Starbucks Dan McDonald’s Di Malaysia Menyokong Zionis

Sekadar Rondaan Aidilfitri, Polis Nafi Dakwaan Tuan Rumah Dikompaun RM25,000

Ini Pencerahan Siti Nurhaliza Selepas Wujud Dakwaan Individu Ternama Rentas Negeri Untuk Majlis Tahnik