Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari ini bersempena dengan Persidangan The Future of Asia yang berlangsung di Jepun menyatakan hasrat untuk membangunkan sebuah lagi syarikat kereta nasional bersama kerjasama bersama negara luar.

Difahamkan antara negara luar yang menjadi sasaran untuk bekerjasama adalah Thailand, Jepun, Korea atau China memandangkan kapasiti pengeluaran kereta negara-negara ini sangat baik dalam menawarkan model berkualiti tinggi khusus untuk pasaran Dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

mahathir

Mengulas mengenai pelaburan Geely kepada Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Proton bukan lagi lambang kereta nasional negara selepas Geely mula campur tampur tangan. Sebelum ini Tun M turut menyatakan pihak kerajaan tidak berminat untuk mendapatkan saham yang dipegang Geely bagi syarikat Proton.

Cadangan untuk membangunkan syarikat nasional terbaru ini mungkin tidak akan dilakukan pada masa terdekat ini. Dalam pada itu, agak menarik untuk menyaksikan bagaimana perkara ini berlangsung.

Proton-1

Pada pendapat anda, adakah wajar pihak kerajaan membangunkan sebuah lagi syarikat automotif nasional bagi negara kita? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen dibawah.

Sumber