Meskipun kecoh kontorversi tentang bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad baharu-baharu ini, namun Kementerian Pendidikan tetap tidak akan mengubah kandungan buku teks sedia ada di sekolah berkaitan rujukan bekas perdana menteri tersebut sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.

Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penulisan buku teks Kementerian Pendidikan dibuat berdasarkan fakta dan dokumen. “Fakta tersebut masih relevan dan akan dikekalkan dalam buku teks Kementerian Pendidikan,” katanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau memberi reaksi kepada pertanyaan daripada Lim Lip Eng yang bertanyakan sama ada Tun Mahathir akan terus diberi pengiktirafan kerana memodenkan Malaysia dalam buku teks di sekolah.

Sumber