Tun M yang sekarang bukan Tun M yang dahulu. Sejurus satu tangkapan dibuat melibatkan seorang pengguna media sosial yang lantang menghina Tun Mahathir, Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa tidak perlu pihak polis menangkap sesiapa yang mengkritik beliau.

“Saya tak bersetuju tindakan diambil kepada mereka yang mengkritik saya. Saya sudah maklumkan kepada pihak polis berkenaan ini. Undang-undang ini akan dikaji apabila parlimen bersidang kelak,” tulis Tun Mahathir di laman Facebook rasmi miliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi komen-komen yang ditulis netizen di ruangan posting ini, rata-rata memuji pendirian Tun M ini dan mereka kagum dengan pendirian Tun M ini.

Nyata Tun M membaca kecaman anda dan beliau tidak ‘koyak’ dengan setiap kecaman yang diterima. Yang penting kepada Tun M ketika ini adalah memberi komitmen 100% dalam memperbaiki negara yang terjejas oleh tampuk pemerintahan sebelum ini.