Berikutan penangguhan majlis istiadat angkat sumpah Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Ke-7 Malaysia pada awal pagi tadi, Tun Mahathir melalui sidang media telah mengumumkan untuk mempercepatkan perlantikan seawal petang ini.

Difahamkan langkah cadangan daripada Tun Mahathir ini dibuat selepas berpendapat Negara Malaysia kini tidak mempunyai kerajaan. Tun Mahathir berharap kesemua parti meliputi Pakatan Harapan serta Parti Warisan Sabah dapat menunjukkan sokongan dalam usaha untuk menghantar deklarasi kepada Yang di-Pertuan Agong.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

mahathir_mohamad_21103-2

Beliau turut menambah dimana zaman pemerintahan Dato’ Sri Mohammad Najib bin Tun Abdul Razak telahpun tamat melalui sidang media yang telahpun berlangsung tengah hari tadi.

Berdasarkan pelan Pakatan Harapan selaku gagasan yang menerima bilangan majoriti di Malaysia, Datuk Seri Wan Azizah binti Wan Ismail sekaligus bakal dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri serta menjadi wanita pertama Malaysia yang menjawat jawatan ini.

Sumber