Bekas Perdana Mentari Malaysia yang ke-4, Tun Mahathir Mohamad akhirnya membuka akaun rasmi di Instagram. Akaun yang baru dibuka pada 15 Mac kini sudah mencapai hampir 63 ribu pengikut dan sudah mempunyai bluetick sebagai tanda akaun sah untuk seseorang yang bergelar tokoh masyarakat, selebriti atau jenama.

Foto pertama yang dimuat naik semalam merupakan foto beliau bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah yang sedang tertawa. Gambar tersebut dimuat naik dengan caption “Hari ini saya mulakan akaun Instagram saya bersama Hasmah. Isteri saya selama 62 tahun, yang sentiasa setia bersama saya sejak dulu lagi”. Tambah beliau lagi, “Sebagai doktor, ketawa adalah penawar terbaik.” Foto tersebut menerima 45 ribu like dan hampir 4 ribu lebih komen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, hari ini beliau sekali lagi memuat naik gambar pemandangan matahari terbenam di Langkawi yang dirakam pada 25 Disember tahun lepas. Gambar yang dimuat naik 6 jam yang lepas itu telah menerima 15 ribu like dan hampir 250 komen.

Jelas sekali rakyat Malaysia amat gembira dan mengalu-alukan penyertaan Tun M atau @chedetofficial di laman sosial Instagram.