Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Setelah ditangguhkan istiadat angkat sumpah pada awal pagi tadi dan dibawa pula kepada sesi petang, akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-7.

Perlantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang berlangsung di istana negara ini sekaligus menjadikan beliau satu-satunya pemimpin di Malaysia yang berjaya menjadi perdana menteri sebanyak dua kali di dalam sejarah Malaysia. Tidak dilupakan juga beliau berjaya memperoleh jawatan ini melalui dua parti yang berbeza.

Selain itu, Pakatan Harapan selaku gagasan yang menerima bilangan majoriti di Malaysia bakal melantik Datuk Seri Wan Azizah binti Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekaligus menjadikan beliau wanita pertama Malaysia yang menjawat jawatan ini.

Tahniah diucapkan buat semua yang terlibat serta Rakyat Malaysia yang berusaha keras untuk mengubah tompok parti pimpinan sedia ada kepada Pakatan Harapan. Semoga Pakatan Harapan berjaya menggalas tugas dengan sebaiknya sebagai pihak kerajaan.

Anda Mungkin Suka