Tun Dr. Mahathir Mohamad telah disenarakan sebagai salah seorang ‘ekstremist paling merbahaya’ di dunia oleh Projek Kaunter Ekstremisme – sebuah badan bukan untung yang berpusat di New York, Amerika Syarikat.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Coconuts, Tun Mahathir yang berusia 95 tahun berada di tangga ke-14 bersama-sama dengan pemimpin yang lain seperti Setiausaha Jeneral kumpulan pengganas Hizbullah, Hassan Nasrallah dari Lubnan dan sami Buddha Ashin Wirathu dari Myanmar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan, walaupun Tun Mahathir tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kumpulan atau kegiatan pengganas, organisasi itu menyatakan bahawa pendapat atau komen mantan Perdana Menteri itu mengenai beberapa isu semasa terutamanya melibatkan diskriminasi terhadap agama Islam telah menimbulkan kontroversi di peringkat antarabangsa.

Untuk rekod, kenyataan Mahathir yang menyatakan bahawa umat Islam memiliki “hak untuk marah dan membunuh” orang Perancis telah mencetuskan debat di peringkat antarabangsa, lapor Yahoo! News.

Selain itu, kenyataan Tun Mahathir di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Oktober 2019 yang menyentuh isu yang terjadi di Jammu dan Kashmir juga telah menyebabkan kontroversi dengan rakyat India sehingga terlahirnya tanda pagar #BoycottMalaysia.

Ini adalah kali pertama organisasi itu, yang juga mempunyai markas di Berlin dan London, mengeluarkan senarai tersebut. Counter Extremism Project dibina bagi memerangi ekstremisme global melalui perubahan dan peraturan polisi.

Terdahulu, #BoycottMalaysia ‘trending’ di Twitter selepas rakyat India menyuarakan kemarahan mereka terhadap Tun Mahathir. Klik pautan di bawah untuk membaca.

#BoycottMalaysia ‘Trending’ Kerana Rakyat India Marah Dengan Ucapan Tun Mahathir

Usia Bukan Penghalang, Tun Mahathir Kini Miliki Akaun TikTok Sendiri

Kemunculan Tandatangan Tun Mahathir Dalam Siri Drama Netflix Curi Perhatian Netizen