Di usia 93 tahun, Tun Mahathir tidak kenal erti penat. Kebanyakkan orang di usia ini pastinya sudah duduk di rumah, berehat dan bermain dengan anak cucu.

Tetapi demi negara, di usia 93 tahun Tun Mahathir bertanding di bawah logo PKR untuk bertanding kerusi Parlimen Langkawi daripada parti yang menjadi kebanggaannya suatu ketika dahulu, Barisan Nasional.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau tidak takut untuk kalah. Di usia 93 tahun, beliau telah menewaskan penyandang kerusi Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad dan calon PAS, Zubir Ahmad dengan majoriti 8,893 undi.

Dan menerusi sesi Facebook Live menerusi Astro Awani sebentar tadi, Tun Mahathir telah mengisytiharkan kemenangan buat Pakatan Harapan dalam PRU 14 ini.

Ini sekaligus memecahkan dominasi Barisan Nasional (BN) yang mentadbir negara selama ini untuk memberi PH peluang untuk mentadbir negara untuk jangka masa 5 tahun yang akan datang. Pakatan Harapan berjaya mengumpul simple majority untuk membentuk kerajaan baharu dengan 112 kerusi daripada 222 kerusi di Parlimen.

Terima kasih kepada semua yang keluar mengundi pada hari ini. Tetapi pengumuman rasmi masih belum diumumkan oleh pihak SPR. Sama-sama kita nantikan.