Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah dijemput untuk menyampaikan ucapan di Oxford Union dan sekaligus menjadikan beliau pemimpin Malaysia dan Asia pertama yang bakal berucap di Oxford Union yang dipilih secara demokratik.

Tun Dr Mahathir bakal menyertai barisan selebriti dan personaliti terkenal yang juga dijemput untuk hadir sama memberikan ucapan di Oxford Union yang merupakan masyarakat pendebat yang paling berprestij di dunia.

Sejak penubuhannya pada tahun 1823, Oxford Union telah menjemput tetamu dan penceramah antarabangsa untuk berdebat mengenai pelbagai jenis topik dengan tetamu yang lalu iaitu Morgan Freeman, Natalie Portman, Johnny Depp, Stephen Fry, Michael Jackson, Shakira, Senator John McCain, Sepp Blatter dan David Cameron.

Difahamkan Tun Dr Mahathir bakal memberikan ucapan di Oxford Union pada Jumaat ini pada pukul 5 petang waktu di UK.

Anda Mungkin Suka