Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Berita mengenai perlantikan rasmi Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 telah tersebar ke seluruh dunia dan disambut dengan ribuan ucapan tahniah dari pemimpin seluruh dunia.

Setelah 15 tahun berehat dari jawatan perdana menteri, kini Tun Dr. Mahathir kembali ke tampuk pemerintahan Malaysia setelah menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas.

Terbaru, Guinness World Book of Records mengiktiraf Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Tertua Dunia pada usia 92 tahun 141 hari yang dilantik sekaligus memecah rekod yang dipegang oleh Morarji Ranchhodji Desai dari India yang berusia 81 tahun pada tahun perlantikannya. Tahniah Tun.

Anda Mungkin Suka